Sahabat Sejati

Sunday 11 April 2010

Kuliah di ar-Raudhah

“Assalamualaikum, anta kat rumah ke?” Saya menerima panggilan telefon dari Sheikh Azlan.

“Alaikum as-salam, ya ana kat rumah sekarang ada apa hal?” Saya bertanya kembali.

“Jom ke Raudhah, ustaz Ridhuan Mohd Nor kuliah malam ni. anta tunggu sekejap lagi ana datang ambil.”

“Ok, ana tunggu.” Saya menjawab. Persetujuan segera dicapai.

Langit mendung, suram ada tanda-tanda akan hujan. Kami membelah perjalanan ke Musolla ar-Raudhah. Serta-merta terbayang di ingatan saya peristiwa yang berlaku pada malam itu. Insiden Dr Maza yang dijemput sebagai ahli panel dalam forum ad-Deen dihalang untuk bercakap dalam forum tersebut. Kelam kabut pada malam itu. Pihak JAIP dan polis bersiap sedia untuk menangkap beliau jika beliau bercakap pada malam itu. Forum sudah menjadi ceramah.

"Anta tahu tajuk kuliah malam ni "Cintai Gaza," Sheikh Azlan bersuara memecah kesunyian. sekaligus mematikan lamunan saya.

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yahudi dan orang-orang musyrik.” (al-Maidah:82).


“Bangsa Yahudi adalah bangsa yang khianat, mereka membunuh rasul-rasul yang diutuskan seperti Nabi Allah Zakaria, membunuh Nabi Allah Yahya, beberapa kali percubaan telah mereka buat untuk membunuh Nabi Muhammad saw seperti menyihir dan meracun Nabi!”
“Bangsa mereka menimbulkan pelbagai masalah, mengobar kebencian sesama manusia, dalang kepada pertelingkahan, Nabi dan para sahabat telah memerangi mereka dalam Perang Khaibar pada tahun tujuh Hijrah.”

“Roda zaman yang berpusing menetukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya menumpang dan menduduki bumi Palestin selepas perjuangan mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu.”

Sebahagian dari hadirin, para penuntut ilmu akan sentiasa di bawah naungan sayap malaikat selama mana berada di dalam majlis ilmu tersebut. Semoga budaya menuntut ilmu akan tetap mekar di hati muslimin maupun muslimat.
Sheikh Azlan bersama ustaz Ahmad Fahmi yang turut sama mendengar kuliah.


Mendidik diri hendaklah dengan ilmu, kita akan gagal mendidik jiwa kita, jika tidak merujuk kepada petunjuk dan ilmu agama . Jiwa kita pasti terkulai dalam dunia yang serba menipu ini.

Khazanah yang tak ternilai. Kata ustaz Hasrizal: “Biar miskin bercincin besi, bergadai buku jangan sekali.” Ubat jahil adalah dengan membaca atau berkawan dengan orang yang membaca. Jika kita ingin berkawan dengan orang yang alim, kita perlu juga menjadi alim dengan membaca.

Menjamu selera selepas kuliah. Terima kasih AJK Musolla ar-Raudhah yang telah menyediakan jamuan.


Hidup ini adalah perjuangan tanpa akhirnya sehingga kita mengadap Tuhan.

“Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan Taqwa.” (Az-Zukhruf: 67)

Di atas dasar ukhuwah fillah itu kami terus bertemu dan bersama. Di atas dasar ukhuwah fillah itu kami sama-sama mengharungi perjuangan. Semuanya atas janji yang pernah dilafazkan dulu, bahawa solat dan ibadah, hidup dan mati, adalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.

Kami sedang hidup dengan Taqwa, dan kami mahu mati di atas jalan yang sama. Agar selepas berkasih sayang di dunia perjuangan, kami terus berkasih sayang di Akhirat negeri pembalasan. Semoga Allah mengekalkan kami di atas jalan yang penuh liku ini.

0 comments:

Post a Comment