Sahabat Sejati

Monday 7 February 2011

Cetusan rasa: Apa yang aku cari...


Cintailah sesuatu yang engkau sedang menuju padanya...

Hidup ini adalah satu perjuangan. Untuk mendapat kejayaan memerlukan pengorbanan, pahit jerih, keringat dan air mata yang mengalir. Kemanakah arah perjuangan yang kita halakan? Akhirat? Atau sekadar di dunia?

Kita menurut apa yang kita cintai...

Manusia diberi Tuhan hati dan nurani, anugerah yang tidak ada pada makhluk ciptaan lain. Manusia juga diberikan akal untuk berfikir dan menilai.Dengan sebab itulah manusia mesti memikirkan hidup selepas kehidupan sekarang. Dia mesti berkeyakinan tentang hidup selepas hidup ini. Keyakinan inilah yang menjadi satu ingatan kepadanya agar sentiasa melakukan kebaikan dan mendekatkan diri kepada Tuhan.

Apa yang kita cintai pasti kita berusaha untuk menuju ke arahnya...

SUATU ketika Umar bin Khattab menghadap Rasulullah saw. Ia mendapati Rasulullah sedang berbaring di atas tikar yang membekas di bahunya, Umar berkata, "Wahai Rasulullah, mengapa tidak kau ambil tilam?"

Tiba-tiba Rasulullah saw merah padam kerana marah. "Apakah seperti Sarwaih, wahai Umar? Saya ini seorang nabi, bukan raja. Apa ertinya dunia bagiku? Aku dan dunia tidak lain semisal pengembara yang berjalan di siang terik, ia berteduh sesaat di bawah pohon lalu pergi meninggalkannya."

Anda memahami?

0 comments:

Post a Comment