Sahabat Sejati

Monday 29 August 2011

Maafkan seadanya...

“Selamat hari raya,...kosong, kosong ye…”

Entahlah, semacam ada yang tidak kena tatkala mendengar ucapan-ucapan yang sedemikian.

Gersang.

Tawar dan hambar.

Apakah ucapan hari raya dan permohonan maaf itu sekadar adat atau seloka yang terlafaz tanpa sebarang makna?
Pernahkah kita memikirkan betapa besarnya permohonan maaf itu?
Bolehkah ucapan yang seperti itu mampu meraih keampunan dan menjernihkan perhubungan?

“Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT tidak memakbulkan doa yang datang dari hati yang lalai.” (al-Hakim dan at-Tirmidzi yang mensahihkannya)

Kemaafan bukan sekadar perhiasan atau kosmetik yang memeriahkan Aidilfitri, tetapi permohonan yang menjadi punca kepada tautan ukhuwah dan kejernihan hati.

Maka bersungguhlah dalam memohon kemaafan, lahirkan dari hati yang tunduk dan ikhlas.

Semoga ia menjadi bekal untuk meraih keredhaan-Nya dan punca kejenihan fitrah di pagi lebaran nanti.

Maafkan seadanya.

2 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum ustaz.

InsyaAllah,selalu memaafkan orang lain sebelum tidur,meminta maaf jika ada salah dan silap dgn org lain..lembutkan hati tu biar penuh keikhlasan.

terima kasih ustaz,ucapan kosong-kosong tu,sy pernah buat juga huu

abuikhwan said...

semoga dengan keterbukaan kita memaafkan org lain, mudah-mudahan Allah SWT membuka pintu hati org lain utk memaafkan kita...Insya-Allah

Post a Comment