Sahabat Sejati

Monday 24 December 2012

Kuantan banjir!!!

Selepas hujan tidak henti-henti selama 13 jam, bandar Kuantan kini dilanda banjir yang disifatkan penduduknya paling teruk sejak empat dekad lalu.  Banjir yang bermula kira-kira jam 11 pagi tadi menyebabkan banyak kenderaan terperangkap dan jalan raya sesak teruk.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila hujan masih belum berhenti sehingga jam satu petang tadi. Antara jalan-jalan yang dilaporkan teruk dinaiki air ialah Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Pasar, Jalan Bukit Ubi, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Mahkota, Jalan Abd Aziz, Jalan Air Putih, Jalan Haji Ahmad, Jalan Beserah Jalan Tun Ismail Satu, Terminal Makmur dan persimpangan lampu isyarat Jabatan Ukur Dan Pemetaan (JUPEM).

Di beberapa kawasan sekitar pusat bandar didapati banyak kenderaan yang terkandas di jalan raya dan beberapa premis serta pusat beli-belah utama terpaksa menutup perniagaan akibat situasi yang tidak terduga itu.

Semoga Allah memberikan kesabaran kepada semua yang ditimpa musibah ini.

Sumber foto: FB











0 comments:

Post a Comment