Sahabat Sejati

Saturday 1 June 2013

Hogoh Pahang Hogoh!


Malam ini, saksikan aksi saingan pusingan kedua bolasepak Piala FA di antara pasukan Tok Gajoh menentang pasukan Harimau Selatan untuk mengisi satu lagi slot ke perlawanan akhir.

Sepatutnya perlawanan berlangsung pada 28 Mei yang lalu tetapi terpaksa ditunda ekoran berlaku sedikit kekecohan. Kali ini, Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan gelanggang berkecuali bagi memastikan lebih ramai penyokong kedua-dua pasukan menyaksikan aksi perlawanan yang dijadual bermula pukul 8.45 malam.

Tentunya para peminat bolasepak tempatan khususnya bagi kedua-dua pasukan tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan persis perlawanan akhir ini.

Secara peribadi saya amat mengharapkan agar kedua-dua pasukan dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. Begitu juga kepada penyokong kedua-dua pasukan yang telah pun berkampung di venue sekarang ini, jadilah penonton baik dan matang serta mengenepikan sebarang insiden berunsur provokasi. Kitakan sama-sama rakyat Malaysia!

Hogoh Pahang Hogoh!

2 comments:

||aLeaSaRa|| said...

salam sahabat AI.gara2 games ni pasar malam pun lenggang he3..kedai makan memang meriahlah dengan jeritan gol ^^

abuikhwan said...

betul tu... meriah kedai makan. rumah sebelah menyebelah pun meriah juga dengan jeritan gol..he3

Post a Comment