Sahabat Sejati

Tuesday 14 April 2015

Amoi Berhijab


Sebut nama Felixia, yang datang dalam fikiran kita adalah: seksi. 

Sekiranya tidak seksi, yang mungkin datang adalah: Playboy. 

Kalau pun tidak Playboy, tergambar soal: hijab. 

Namun siapa sangka, di balik wajah menawan itu ada banyak kisah? Kisah yang selama ini dipendam, disimpan, dan tidak dikongsikan. 

Dalam Amoi Berhijab, ada banyak cerita yang istimewa. Cerita waktu kecilnya yang disalah faham sebagai bisu. Cerita waktu sekolahnya yang asyik dibuli. Cerita waktu remajanya yang penuh dengan agenda menjaga adik sahaja. 

Kemudian tentulah ramai ingin tahu hidup seorang model Playboy. Bagaimana hidup dalam dunia glamor. Serta hebatnya sehelai tudung, mampu mengubah hati seorang insan. 

Amoi Berhijab, sebuah buku ikhlas daripada hati. Sebuah tulisan yang sejujurnya mahu berkongsi, buat sesiapa yang mahu mengetahui.

Tajuk : Amoi Berhijab
Penulis : Raisyyah Rania Yeap, Sharafuddin Sulaiman
Penerbit : PTS Media Group
Muka surat : 160
Harga : RM18.00

Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-mu yang telah menciptakan!

4 comments:

paridah said...

assalam ...menarik amat buku biografi diri felexia ini dibaca ..sebelum keislamannya banyak ranjau hidup yg diredahnya dgn tabah..

Kakzakie Purvit said...

Alhamdulillah.. itulah yg terucap oleh kita. Bagaimana seorg hamba Allah yg tak tahu apa itu kalimah Allah akhirnya sujud dan akur menurut perintahNya...

Saniah said...

alhamdulillah,, saya juga mengikuti blog raisya,, banyak yang di kongsikan sewaktu sebelum da selepas memeluk agama islam,, patutlah tiada berupdate blognya,, rupanya dia dah menulis buku,, semoga semakin hari semakin tenang raisya bersama islam,,,

Unknown said...

kelihatan anggun kalau semua wanita berhijab,,,
Obat Kanker Payudara

Post a Comment