Sahabat Sejati

Sunday 12 April 2015

"Beranak seorang tetapi anak ramai" - telah hilang...

Lebih-lebih marah bimbang jadi lain pula. Tidak pasal-pasal kita disanggah oleh ibu bapa mereka pula. Nanti bukan budak-budak yang bergaduh, orang tua pula tidak bertegur sapa. 

Ada masanya saya terfikir, saya di antara generasi yang bertuah kerana sempat hidup di zaman “beranak seorang tetapi anak ramai". Anda tentu faham maksud ungkapan ini. Maksudnya, "anak kamu anak aku, anak aku anak kamu". Itulah bahasa desa, itulah pe`el perangai warga desa yang prihatin.

Benar, jika di desa tiada istilah anak sendiri, tiada anak orang. Orang tua bebas menegur anak-anak desa yang kesemua mereka dianggap seperti anak sendiri. Sedikit pun tidak bimbang disanggah ibu bapa mereka, bahkan diucapkan pula terima kasih kerana sudi menegur anak-anak mereka. Kita juga seperti itu, mengharap ada yang menegur anak-anak kita. Di hadapan mata kita, tiada masalah untuk kita menegur anak-anak kita. Tetapi di belakang kita tentunya kita mengharapkan sahabat-handai dan teman sekampung menegur pula. Begitulah sebaliknya. 

Tetapi itu dulu, sekarang sudah hilang bahasa desa itu sebagaimana hilangnya bahasa budi anak-anak desa. Tetapi saya pula cukup terasa 'hilang' di dalam kehidupan.

5 comments:

paridah said...

assalam la ni ibubapa era baru generasi xyz sukar terima kalau kesalahan anak2 mrk ditegur...tiada lagi istilah anak sorang tapi ramai...msg2 ada privasi sendiri yg perlu dihurmati..

Kakzakie Purvit said...

Setuju... kakak ingat lagi dulu kalau lepas bermain kami terus terjun main air parit - mandi-manda. Ada satu pakcik tu kami takut sangat. Tapi sebenarnya dia didik kita semua sebab main air sampai lupa waktu solat asar dah kian hilang. Bila nampak pakcik tu semua kami lari balik. Bila dah balik otomatik mestilah semuanya solat asar kan...

Sekarang nak tegur anak orang kena fikir beribu kali..

saniahibrahim said...

assalam...ialah istilah anak orang anak kita memang dh xde lagi skg wlpun duk di desa...takut nak tegur anak org wlpun mereka lakukan kesalahan ,bimbang di masamkan muka ibubapa mereka .

Saniah said...

dulu masa saya kecil2,, kengkawan abang saya yang datang rumah panggil mak saya sebagai mak,, bukan seorang dua,, malah kesemua kengkawan abang panggil mak saya mak,, mak saya memang ramai anak angkat hihihi,, anak orang buat macam anak sendiri,,

iryantyismail said...

zaman sekarang..kalau tegur anak org..mak pak dia serang balik..pcaya bulat2 yg anak tu baik sangat

Post a Comment