Sahabat Sejati

Thursday 21 May 2015

Hukum mengubati yang kena sihir dengan pengubatan cara sihir juga. Sihir melawan sihir?

Soalan:

Apakah hukum mengubati yang kena sihir dengan pengubatan cara sihir juga. Sihir melawan sihir?

Jawapan:

Orang yang terkena sihir adalah sedang diuji oleh Allah S.W.T, yang boleh diikhtiarkan kesembuhannya melalui amalan yang diluluskan oleh syarak iaitu seperti menggunakan ikhtiar rawatan dengan bacaan doa yang ma'thur. 

Disebut dalam hadis-hadis sahih, iaitu menggunakan daun bidara, ditumbuk dalam batu, dimasukkan ke dalam air, dan didoakan dengan doa-doa daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi, untuk diminum airnya dan dimandikan pesakit. Ini merupakan salah satu dari cara pengubatan. 

Khusus kepada soalan yang dibangkitkan, iaitu diubati atau diatasi penyakit dengan amalan sihir, pada saya seperti yang dijelaskan sebelum ini, sihir merupakan amalan yang ditegah dan diharamkan oleh Islam kerana ia membawa kepada syirik. 

Menggunakan sihir untuk mengubati sihir diistilahkan dalam syarak, dalam Islam sebagai annusyrah yang bermakna mengubati sihir dengan sihir. 

Dalam hadis riwayat Abu Daud, Rasulullah saw ditanya tentang hukum annusyrah, maka Nabi menjawab bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan syaitan. Ertinya Nabi saw melarang pengubatan cara sihir dilakukan. 

Hendaklah difikirkan cara lain selain menggunakan khidmat ahli sihir. 

Jika kita mengetahui orang tersebut ahli sihir dan menggunakan khidmatnya, bermakna kita bersyubahat dengan ilmu yang dilarang oleh Islam. 

Penggunaan ini dalam banyak hal menjerumuskan seseorang kepada tunjuk ajar ahli sihir.
Contohnya berlaku dalam masyarakat apabila ada yang meminta menyembelih seekor ayam atau seekor kambing, menggunakan darah untuk mengubati sesuatu penyakit. 

Perbuatan seperti ini, menyembelih binatang kerana syaitan atau kerana sihir ia tidak menjadi ibadah kerana ia bukan kerana Allah. Jika ini berlaku, ini adalah syirik. 

(Sumber: Bersama Dato Dr Harun Din)

4 comments:

paridah said...

assalamualaikum... moga kita berdaya untuk mengelak diri daripada terjebak dalam kancah amalan syirik n kurafat ini InsyaAllah...

saniahibrahim said...

assalam....alhamdulilah satu lagi ilmu yang kakak dapat dgn membaca entry berkenaan sihir ini.

Kakzakie Purvit said...

Na'uzubillahiminzalik.. sebab itulah abang memang larang kakak dan anak-anak melihat drama yg syirik tu. Melihat perubatan syirik tak pernah tapi kadang ada iklan utk filem tu buat kita takut kan. Memang cara pun sudah melanggar hukum Islam tentulah haram jadinya..

iryantyismail said...

asalamualaikum saudara..sehingga kini mencari daun bidara tapi masih belum jumpa :-((

Post a Comment