Sahabat Sejati

Saturday 29 August 2015

...Kerana sayang (update)

'Kami'

“Aduh, sakitnya telinga...rasa macam nak tercabut,” kata Ali di dalam hati tatkala tangan ibunya memulas telinga. Merah dan terasa tebal cuping telinganya.

"Jangan main tepi jalan, tu nampak kereta banyak lalu lalang,” beritahu ibunya sambil menghalakan telunjuk ke arah jalan.

Sakitnya rasa hati. Semuanya salah.

Dialog ini sebagai satu perumpamaan.

Ketika zaman kanak-kanak, mungkin kita pernah dipiat atau ditarik telinga oleh ibu atau bapa, kerana kita bermain di tepi jalan. Mungkin kita akan berkata seperti dialog di atas. Atau mungkin lebih keras lagi atau hanya tarik muka masam, memprotes dan memberontak.

Kenapa kita berkelakuan demikian, sekiranya kita faham tidak mungkin demikian tindakan yang ditunjukkan malahan pasti kita akan berterima kasih atas kesakitan yang kita terima itu. Kerana tindakan ibu atau bapa kita boleh menyelamatkan kita dari dilanggar. Mana lebih sakit ditarik telinga atau dilanggar lori? 

Tetapi kita tidak faham didikan ayah dan ibu, sebab itu kita jadi marah dan memprotes. Sekiranya mahu dibandingkan sekadar ditarik telinga apalah sangat, tetapi jika dibiarkan dilanggar lori tentu lebih parah.

Jika kita faham, mungkin ini kata kita, “tak apalah hanya tarik telinga, ibu marah aku main tepi jalan kerana takut aku dilanggar lori. Kalau tidak nanti mungkin patah tangan, kaki, silap-silap boleh terbang nyawa. Baiknya ibu dan ayah aku ini bertanggungjawab, itu tandanya mereka sayang pada aku.” 

Sekiranya begitulah fikiran kita, maka hilanglah perasaan sakit hati, terbanglah perasaan ingin memprotes dan sebagainya. 

Bayangkan, sejak dari dulu hingga sekarang seluruh guru yang ada di dalam dunia ini membiarkan sahaja anak muridnya membuat apa sahaja, walaupun perbuatan yang salah. Mereka tidak akan marah dan tidak akan rotan. Anak murid mahu bermain, mahu pukul kawan yang lain, tidak mahu belajar dan sebagainya. Apa agaknya yang akan terjadi kepada mereka, ataupun bagaimana keadaan mereka suatu hari nanti. Kerana sayang... nanti murid sakit hati. 

Bayangkan pula, sebagai ibu bapa, anak tidak buat kerja rumah, malas membaca buku, tidak mendengar kata. Kita biarkan sahaja, tegur tidak, marah tidak rotan pun tidak. Kerana sayang... nanti kalau marah atau rotan mereka akan sakit hati. Apa akan jadi pada anak kita. 

Mungkin sekarang baru kita faham mengapa guru, ibu bapa atau orang yang lebih tua buat begitu. Kerana sayang. Jika kita tidak pernah ditegur atau ditarik telinga entah kita akan jadi apa. 

Begitulah jika kita faham mengapa Allah susahkan kita, mengapa Allah uji kita. Sebenarnya kerana sayang. Allah uji kita untuk mendekatkan kita kepada-Nya. Allah susahkan, jentik-jentik sedikit di dunia kerana mahu memberi yang lebih baik di akhirat nanti. 

Jika kita faham sebagaimana anak-anak yang faham mengapa ibu dan bapa tarik telinga, dan murid yang faham mengapa cikgu merotan mereka, maka kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana `tarik telinga dan jentik-jentik kita sedikit`. Alhamdulillah...

6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Setuju.. lebih baik diberi sedikit sakit kerana di sebalik itu ada kasih dan sayang sebenarnya. Kalau tidak lagi menakutkan apa lagi jika Allah langsung tak uji seperti terus apa yg dikehendaki terus dapat-dapat-dapat dan dapat. Bimbang ianya adalah istidraj. Semua tak mahu kan...

Kakak nak anak kakak baca N3 ini. Baik utk anak-anak kita juga ni. Bagi mereka buka mata sama. Terima kasih AI.

iryantyismail said...

setuju sangat...tapi ada juga anak berdendam dengan ibubapa..sedangkan teguran ibubapa itu nak perbetulkan yang salah...

ajax85 said...

Setuju sgt..bertuah siapa dpt ibubapa yg tegur kita..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

mamawana said...

Kita tak guna rotan, kita sekadar jentik telinga, jentik jari anak2 seusia 3,4,5,6 tahun pun boleh mengalirkan air mata mereka. Me, no rotan at all. acah acah ajer.

paridah said...

ASSALAM...IBUBAPA HANYA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MENDIDIK ANAK2 MRK SEBAIK MUNGKIN AGAR MENJADI INSAN DUNIA N AKHIRAT....

Unknown said...

zaman sekarang ada jugak mak ayah yang sayang anak dia biar je anak buat apa..bagi jew apa anak nak walaupun benda tu boleh memudaratkan anak..

Post a Comment