Sahabat Sejati

Tuesday 7 February 2017

Alhamdulillah, alhamdulillah, thank you Allah...

'Si kecil Haikal yang istimewa di dalam kelas'
 
Beberapa urusan yang perlu dibereskan pada minggu yang lalu, alhamdulillah dapat diselesaikan dengan baik. Tidak mungkin saya mampu menanganinya, melainkan semata-mata dengan kehendak dan pertolongan-Nya. Segala puji dan bagi-Nya atas kurniaan ini, walaupun setiap patah pujian yang saya lantunkan tidakkan mampu dibanding dengan kurniaan yang dihamparkan kehariba-an saya. Alhamdulillah.

'Si kecil Haikal yang istimewa' telah pun bersekolah sejak Rabu minggu lepas. Lucu juga mengenangkan usia 12 tahun baru masuk sekolah. Jauh sangat ketinggalannya. Saya menyangka dia akan menjadi 'penghuni setia' di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Menjalani latihan demi latihan pemulihan agar dapat  melakukan aktiviti sebagaimana orang biasa. Ataupun sekurang-kurangnya hampir sama.

Rupa-rupanya perancangan Allah SWT berbeza dengan apa yang saya jangka. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, di usia 12 tahun 'si kecil Haikal yang istimewa'  menjejakkan kaki ke sekolah. Duduk bersama rakan-rakan yang sepertinya di kelas mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Walaupun masa saya semakin padat kerana terpaksa (bukanlah terpaksa sebenarnya) menghantarnya pergi (sebelum ke tempat kerja) dan balik sekolah (keluar waktu rehat tengahari, hantar ke rumah kemudian masuk kerja semula), tetapi hakikatnya saya gembira.

Alhamdulillah, 'si kecil Haikal yang istimewa' tidak menghadapi kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Sayu perasaan saya melihat dia berpakaian seragam sekolah dengan menggalas beg di belakang. Memegang pensil dan menconteng kertas serta berkomunikasi dengan rakan sekelasnya biarpun sekadar isyarat tangan dan jari. Masing-masing saling mengerti apa yang mahu disampaikan.

Alhamdulillah, dapat juga anak saya yang seorang ini merasai suasana alam persekolahan. Tentunya bagi saya ia adalah di antara nikmat kegembiraan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Thank you Allah!

3 comments:

Unknown said...

Subhanallah... sungguh kakak tak tahu. Dah jadi mak mak ni baca macam ini terkesan di hati. Suka dgn perkembangan anakanda Haikal itu cuma sayu hati membayangkan keadaannya.

LadyBird said...

Salam ustaz. Alhamdulillah.. Ustaz, lady merupakan ank oku. Mak ayh lady xpnh anggp lady oku. Ldy jatuh. Mrk struggle hntr n ambil d sekolah harian biasa. Sampailah lady bjy ke universiti. Xpnh mggp ldy ank oku. Ldy dididik setaraf dgn ank2 yg lain. Smg Haiqal terus maju. Ameenn

saniahibrahim said...

Assalamualaikum ustaz...Alhamdulillah,Alhamdulillah...sebak akak baca cerita ustaz ni.Syukur Haiqal dapat rasai alam sekolah.Semoga perkembangan Haiqal akan lebih baik lagi selepas dia bersekolah ni.

Post a Comment