Sahabat Sejati

Friday 29 October 2010

Ziarah Masjidil Aqsa

“Tak teringin ke nak ke Masjidil Aqsa?” tanya seorang sahabat.

Terpaku seketika untuk menjawab. Hasrat untuk ke sana sentiasa hijau.

November 2009. Seawal jam 9 pagi waktu tempatan saya telah pun berada di luar pagar yang menjadi sempadan dengan kawasan masjid tersebut. Saya melihat bas pelancong lebih dari 4 buah, begitu juga dengan kenderaan lain.

Ditemani 3 rakan, saya bergerak menuju ke pintu yang menjadi laluan masuk. Beberapa orang pengawal mundar-mandir di pintu masuk tersebut. Ketika menghampiri pintu masuk, tiba-tiba...

“Laa..kena bayarlah, ingatkan free. Mahal pula tu,” rungut rakan di sebelah.

“Nak masuk ke tak nak ni, kalau tak kita ambil gambar kat luar dahlah,” jawab rakan yang satu lagi.

“Nak masuk masjid pun kena bayar..... “

Gimik sahaja. Sebenarnya yang saya mahu ziarah itu adalah replika Masjidil Aqsa di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu. Tapi tak masuk pun hanya di luar pintu masuk sahaja.

Tiket mahal!


Baitul Maqdis

Baitul Maqdis adalah kota ketiga terbesar dalam Islam, kota terbesar pertama adalah Makkah al-Mukarramah yang dimuliakan Allah dengan Masjidil Haram-Nya; dan kota besar Islam yang kedua adalah Tibah atau Madinah al-Munawwarah yang dimuliakan Allah dengan adanya Masjid an-Nabawi dan mengandungi makam Rasulullah saw dan kota terbesar yang ketiga dalam Islam adalah Jerusalem atau Baitul Maqdis yang dimuliakan Allah dengan Masjidil Aqsa yang diberkati sekekelilingnya.

Hal ini sesuai dengan apa yang disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dan Abu Sa`id al-Khudri, bahawa Nabi saw bersabda yang bermaksud:

“Janganlah kamu bersegera untuk mengadakan perjalanan kecuali untuk menuju tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Aqsa dan Masjidku ini.”

Di Baitul Maqdis terletak kesucian Islam yang sudah terpaku dalam suratan taqdir, ianya cerminan dalam jiwa dan kesedaran kaum muslimin sebagai kiblat pertama mereka, tempat berlakunya Isra` dan Mi`raj, kota besar ketiga, negeri kenabian dan keberkatan dan negeri persediaan jihad.


Semoga Baitul Maqdis akan dibebaskan...

0 comments:

Post a Comment