Sahabat Sejati

Tuesday 1 February 2011

Pesanan Imam al-Ghazali

Telah berkata Imam al-Ghazali:-

"Antara golongan yang terpedaya adalah ahli feqah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya."

"Sebahagian mereka menguasai ilmu sehingga mereka mengenali perkara yang maksiat, tetapi mereka tidak menjauhinya."

"Sebahagian yang lain mengetahui tentang kepentingan akhlak tetapi tidak menghiaskan diri mereka dengannya."

"Inilah Ulama` yang tertipu......."

Imam at-Tabrani dan al-Baihaqi meriwayatkan hadith Rasulullah saw (maksud):
"Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari akhirat ialah orang `alim yang tidak mendapat manfaat dari ilmunya."

Kami mohon perlindungan-Mu di zaman yang mencabar ini.

Selamatkan kami dari kemurkaan-Mu,dan ampunkan kesalahan kami!

0 comments:

Post a Comment