Sahabat Sejati

Sunday 13 February 2011

Sebentar di KIAS Temin, Jerantut

Papan tanda jalan di Kerdau, jauh lagi nak sampai ke Temin Jerantut

"Bagus Perdana Menteri, kalau begitu besok pagi sesudah subuh beta akan sampai," kata Ramlee kepada Ajis dalam filem Seniman Bujang Lapok. Teringat dialog ini.

Seawal 6.30 pagi. Sahabat saya, Sheikh Azlan menjemput di rumah dengan 'boengnya'. Kemudian kami terus ke Taman Pelindung Perdana di Beserah untuk mengambil Ustaz Nasrudin Thantawi. Hari ini kami berdua mengiringi Ustaz Nasrudin ke Komplek Islam As-Syafie (KIAS) yang terletak di Temin, Jerantut. Beliau akan membentangkan kertas kerja yang bertajuk "Dakwah, Siasah dan Tarbiah" dalam Ijtima` Tarbawi DPP Pahang.

Ustaz Nasrudin Hasan Thantawi

Selama 2 jam beliau membentangkan kertas kerjanya. Kesimpulannya, beliau amat menekankan perihal akhlaq dalam berdakwah. "Nahnu dua`t wa la qudah" (kita adalah pendakwah bukan penghukum). Saya melihat tergambar kepuasan di wajah peserta dengan penyampaian beliau.

Jam dua belas tengahari kami bertolak balik, walaupun masih ada slot yang akan dibentangkan oleh pembentang yang lain.

Malam ini kami akan turun di sekitar bandar Kuantan untuk program XPDC dakwah malam valentine. Sememangnya setiap tahun saya bersama Jabatan Amal IM turun beramah mesra dan mengedarkan risalah dakwah disekitar bandar Kuantan. Bukan sahaja malam valentine malahan malam tahun baru, malam merdeka serta sambutan-sambutan tertentu.

Selalunya kami, Jabatan Amal IM akan bersama Jabatan Agama Islam Pahang dalam XPDC dakwah. Alhamdulillah, kerjasama yang amat baik.

Semoga sembuh

Semalam saya mendapat berita yang pendakwah terkenal, Ustaz Datuk Ismail Kamus, 62, yang kini berada dalam kondisi yang tidak sihat.

Menurut sumber yang amat boleh dipercayai, bekas Adun PAS Gombak Setia itu kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Gleneagles Intan Medical Centre, Ampang, Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke situ akibat tekanan darah tinggi melampau (250), jantung bengkak serta kegagalan buah pinggang. Beliau juga dipercayai telah menghadapi diabetis sejak lama.

Saya adalah generasi yang membesar seiring dengan kuliah ilmunya. Teringat ketika beliau sentiasa menghiasi kaca televisyen dalam rancangan FORUM PERDANA EHWAL ISLAM di TV1. Kaedah dakwah beliau cukup menarik, sehingga siapa yang mendengarnya pasti merasa seronok dan tidak puas dengan celotehya. Saya sendiri banyak membeli kaset-kaset (ketika itu tiasa lagi vcd) kuliah beliau.

Sesungguhnya dunia dakwah dan perjuangan Islam masih amat memerlukan kehadiran beliau. Marilah kita berdoa ke hadrat Ilahi semoga beliau segera pulih daripada sebarang kesakitan.

Ustaz Dato Ismail Kamus

0 comments:

Post a Comment