Sahabat Sejati

Monday 7 March 2011

Cetusan rasa: Buntu

Buntu.

Otak menjadi beku, akal kelam untuk berfikir.

Entah kenapa.

Saya menjadi resah dan gelisah. Fikiran menerawang sehingga hilang tumpuan. Minda menjadi sarat dengan serabut yang bersarang. Jari menjadi kaku untuk mencoret sesuatu. Beberapa artikel yang saya karang semuanya mati di tengah jalan. Seperti ada yang tidak kena. Menulis tanpa 'rasa' bukanlah sesuatu yang menyenangkan.

"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Mudah-mudahan dengan coretan yang pendek ini saya dapat menghitung diri untuk mengesan punca segala kekusutan ini.

3 comments:

||aLeaSaRa|| said...

salam sahabat..sedih sgt tm net lambat pasang line...tak sbr nk update entri dan bw di sini.ni kat office curi masa jap nak sggh di sini...teruskan berkongsi entri utk kami semua ye!

abuikhwan said...

Insya-Allah...

Unknown said...

semua dgn izinNya..teruskan usaha bertinta dengan dakwat hitam saudara

Post a Comment