Sahabat Sejati

Thursday 19 September 2013

Selamat jalan guru j-qaf

 'Selamat jalan guru j-qaf'

Pada Jun lepas seorang sahabat saya telah berangkat ke Sandakan untuk menyambung bakti sebagai pendakwah. Berberapa kali tulisannya terbit di dalam majalah genre agama, majalah Q&A. Hari ini seorang lagi sahabat saya terbang merentasi lautan menuju ke negeri Sabah untuk mengorak langkah yang sama tetapi di dalam lapangan yang berbeza. Alhamdulillah, sahabat saya ini baru sahaja 'dinobatkan' sebagai guru j-qaf. 

Teringat saya beberapa hari lepas sewaktu bersarapan pagi bersamanya di warung, katanya: "Tolonglah doa supaya 'posting' kat semenanjung, kalau dapat di Kuantan lagi bagus." 

Saya hanya tersenyum tanpa memberikan sebarang jawapan. Saya tahu dia hanya bergurau. Akhirnya setelah keluar keputusan, beliau ditempatkan di daerah Sipitang. Dengan wajah yang ceria dan bersahaja, beliau memberitahu saya berita ini. 

Petang tadi beliau menghantar berita melalui sistem wassap mengatakan telah pun berada di Sipitang. Saya membalas dengan memberikan kata-kata motivasi. Tugas mendidik anak bangsa dengan ilmu agama satu tugas yang amat mulia dan besar ganjarannya. Mudah-mudahan semangatnya tidak luntur walaupun berdepan dengan apa jua kesukaran di ceruk pedalaman. Untuk berhubung bukan lagi suatu yang memberi masalah pada abad ini. 

Zaman ini semuanya serba mudah, tidak seperti zaman dulu. Kalau zaman ayah dan emak kita dahulu sekiranya hendak berhubung terpaksa mengutus surat, lambat. Hendak cepat guna telefon awam serta telegram, itupun sukar juga. Tetapi kini sistem telegram telah pun tiada. 

Hari ini walaupun berada jauh di mata tetapi dengan adanya teknologi moden terasa seperti dekat. Teknologi seperti E-mail, Sms, Fb, Wassap, Wechat dan sebagainya amat membantu dalam jaringan perhubungan. Cukup mudah dan senang untuk berhubung. Teknologi moden jika digunakan dengan betul pasti akan memberikan manfaat dan kebaikan. Semuanya terpulang kepada kita. Guna untuk kebaikan hasilnya adalah kebaikan, jika diguna untuk sesuatu yang tidak baik maka hasilnya tentu tidak baik.

Fikir-fikir...

2 comments:

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum wr.wb, AbuIkhwan....

Selamat berjaya buat semua guru j-QAF yang sudah mendapat keputusan postingnya. Mudahan mereka akan berkhidmat dengan niat yang tulus ikhlas bukan kerana "apa-apa" yang menjadi sebab menceburi bidang yang mulia ini.

Kadang kala rasa bimbang terbuku di hati sebagai guru yang berpengalaman apabila melihat segelintir guru-guru baru yang tidak menunjukkan minat dan komitmen yang mendalam sebagai guru, ada yang seperti melepas habuk di tangga sehingga pelajar terabai dan kurang mendapat apa-apa dari ilmu yang diajar.

Mudahan semua guru muslim faham bahawa mengajar dan mendidik adalah satu peluang dakwah yang sangat besar impaknya kepada kemenjadian muslim sejagat. Semoga ruang yang Allah SWT sediakan dalam kehidupan ini tidak disia-siakan.

Salam sejahtera dari Sarikei, Sarawak. :D

SITI FATIMAH AHMAD

abuikhwan said...

Salam umi,

Benar, mulianya tugas guru mendidik anak bangsa. Mudah-mudahan mereka menjadikan tugas ini sebagai satu ibadah yang akan menjadi 'saham' buat mereka di akhirat nanti...

Post a Comment